Friday, September 14, 2012

Doa Untuk Anak

salam jumaat penghulu segala hari,

memandangkan hari ini hari jumaat, sangatlah berbesar hati untuk mommy berkongsi ilmu dengan semua..
ini juga sebagai ingatan untuk diri mommy sendiri..kot2 la nanti terlupa...


Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak kita, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah : 
 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah mommy, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita : 
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya: 
 1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu. 
 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 
 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. 
 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

saat 1st time ayah tengok orked...syahdu!

Petikan hadis  dari blog ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:

“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” –Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi. Kredit blog
Tim Hadith Psikologi Nabi

Wallahua'alam.

Wednesday, September 12, 2012

ww: duabelas.sembilan.duabelas

happy birthday to me! aaiisehhh dah tua dah rupanya!

Wednesday, September 5, 2012

sepetang ditaman permainan

Salam Readers,

Raya baru ni kami berubah angin..kami beraya di kampung ayah..kat kedah! nak pi tengok anak menakan baru..hehehe tetiba speaking utara pulak nooo...tak de aktiviti menarik pun selain beraya di rumah saudara mara dan bawak sikecik tu jalan2 cari taman permainan!

meh nak nunjuk anak sedara baru mommy...si Nur Qisya Qaisara
comey bangat...bibir in real macam angelina jolie...seksi you..

jom kita layan gambar orked yang sentiasa nak bermain ni...pantang jumpa taman!


 gambar peberet...sebab ade org kata masa ni muka dia ada iras arwah tok nab...betul ke?



nasib baik ade abg ajim tolong mommy jaga orked

 
sian abg ajim...dah tak nampak muka pulak

kembali ke udara

Hye darls,

alahaiii..lamanya tak menjenguk belog ni...sibuk,penat,tak sihat semuanya ada..sibuk dengan segala urusan,
penat dengan ragam orked yang semakin membesar..haishhh dah banyak ragam la dia tu.. banyak akai...
dah mula berdiri sendiri,baru nak melangkah selangkah dua..tangan tu ligat nak mencapai segalanya... dari buka je mata sampai pejam  balik, ada je kerjanya...sumpah macam energizer bunny yg dalam iklan tu..sentiasa active.. Masya'Allah...Hanya tuhan saja yg tahu...I’m not complaining. I’m very happy she’s healthy and active.

hari ni, orked genap 11 bulan... bulan depan she will turn to ONE! aduhai....sekejap je rasa... kadang2 bila tengok dia rasa macam tak percaya dah ada anak besar panjang..gigi pun dah ada 4! Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan untuk membesarkan dia...
gambar raya tuan tanah kedaung haruslah kena tepek kan!
Lately, Orked dah kurang makan..biasanya sehari dia akan makan 3 kali..sekali makan dia boleh habiskan semangkuk bubur nasi..tapi sekarang dekat rumah pengasuh ni, berapa suap je dia makan.. tak sampai separuh pun..susu pun dua kali je.. tapi kalaw masa cuti,duduk dgn mommy elok pulak..berbotol2 susu dia minum..mommy pun tak tau ape puncanya.. mogok tak nak duk dgn pengasuh ke atau pengasuh tu yang malas nak suap dan bancuh susu..haishhh runsing nya...
mommies...macam mana ye nak buat... sesapa yang ada pengalaman sama, meh la share dgn mommy..

Sekarang ni mommy sibuk duk mencuba resepi2 baru untuk Orked..bimbang takut dia boring dengan makanan yang mommy bekalkan.. setakat ni semua yang mommy cuba masih belum dapat menambat selera orked..dah try macam2 dari kampung's style sampailah western style masih belum kena dgn tekak dia...
mommies2 kat luar tu, sape ade resepi yang best2 untuk simanja jangan lupa share link ye...

sekian...nanti kita keudara lagi naa..