Friday, June 24, 2011

~warkah buat anakku~

Anakku sayang,

mama harap baby ok dan selesa berehat dalam perut mama..


baby..

ramai yang dah tanya mama, baby ni gegurl ke boboiboy..hurmm mama pun tak tahu apa jawapannya..tapi mama tak kisah anak mama ni girl ke .. boy ke.. janji anak mama sihat dan sempurna. sedar tak sedar dah 6 bulan dah baby bersama mama..rabu lepas mama pergi buat checkup, nak tau tak doctor cakap "hey! its a girl" ..lepas tu mama asyik senyum je sepanjang hari. mama siap pasang angan2 lagi, nanti bila baby da besar, boleh la kita pergi shopping sama-sama kan..tinggal babah sorang2 kat rumah..heheee..bestnye :) tak sabar pulak mama..tapi kawan2 mama semua cakap baby ni boboy..pasal diaorang tengok muka mama berseri-seri je setiap hari.. tapi mama tak peduli la semua tu, mama tetap sabar menanti sayang :)



anakku sayang...

mama memang happy dengan kehadiran baby. mama dapat rasakan baby dapat memberi sinar baru dalam hidup mama. tapi sejak akhir2 ni, mama selalu rasa sedih..mama tak nak baby keluar dari perut mama..mama suka bila baby tendang2 mama..siku2 mama..mama nak baby sentiasa dengan mama. mama nak baby selamat dengan mama..mama dah mula risau bila pikir masa untuk melahirkan nanti..mama berdebar-debar..hati mama tak tenang sayang..



baby...

maafkan mama sekiranya bila baby keluar nanti mama tak mapu menjadi mama yang terbaik untuk baby.mama tak tak tahu di usia muda mama ni mama mampu menjaga baby.. mama takut dengan tekanan kerja mama kat ofis ditambah pulak dengan di rumah, mama tak mampu untuk mendidik baby dengan sempurna..maafkan mama nak..



Anakku,

hanya satu pinta mama, semoga baby menjadi anak yang baik dan hamba yang taat kepada pencipta kita.. dengar nasihat mama, jangan nakal2 ye sayang.. harapan mama agar baby akan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.. mama tak sabar nak berjumpa dengan sayang :)

Wednesday, June 22, 2011


As-salam,

baru lepas baca entry pasal ibu di blog kakak. terasa nak cerita jugak pasal ni..hehehe... sempena Parents day yg dah berlalu ni kan..

mak ayah sentiasa bersama disaat suka dan duka


Aku memang sensitip bila cerita pasal mak ayah ni. tambah2 bila dah nak jadi mak orang ni kan.. bagi aku, mak ayah lah segala2nya dalam hidup aku..sape yang tak sayang mak ayah kan..

Sentiasa menasihati aku dalam membuat keputusan

aku tak dapat bayangkan macam manalah hidup aku nnt kalaw mak ayah dah tak de.. selama ni susah senang aku kongsi bersama mereka. sakit, derita aku mereka yang ambil peduli. tapi nanti.... Arggghh tak dapat aku bayangkan bagaimana untuk mengharunginya. aku selalu berdoa agar Allah ambil nyawa aku dulu sebelum mereka.. tak sanggup rasanya hidup tanpa mereka.

terima kasih mak...ayah!
tak dinafikan dulu aku memang liar, tak dengar kata, melawan..semua yang negetip semua ada pada aku. berkat doa mereka, kini aku kian berubah..penyesalan datang bertimpa timpa kerana aku mengabaikan mereka suatu waktu dulu.

mak..ayah..ampunkan dosa-dosa adik..

Ya Allah..berikanlah aku kesempatan dan kekuatan untuk aku membalas jasa & membuat kebaikan kepada mereka... ameen