Friday, December 9, 2011

salam muharram 1433


Diam tak diam hari ni sudah 13 hari kita melangkah ke tahun baru islam.. tinggal beberapa hari lagi untuk melangkah ke tahun 2012..bermakna sudah berbulan2 aku tak menjengah ke diary buruk aku ni..

selama lebih kurang setengah tahun aku menyepi ni banyak perkara yg terjadi..yang tak sanggup aku ingati dan sampai sekarang aku masih menafikan..biarlah orang lain menganggap "dia" sudah tiada, tp tidak bg aku.. "dia" sentiasa ada bersama aku..mengiringi aku..menemani aku di kala susah atau senang, sedih atau gembira..

duhai hati..tenanglah sayang..setiap kali terkenangkan "dia" air mata sentiasa membasahi pipi..
banyak perkara yg di kesalkan..yg tak sempat di laksanakan...hati sentiasa terfikir, adakah disebabkan doa aku tu "dia" pergi..Allah...ampunkan lah aku..aku memang tidak redha atas pemergian "dia" tapi aku tak tahu knpa di hari itu aku boleh berdoa aku merelakan "dia" pergi..
aku tak sanggup melihat "dia" tersiksa..jahat kah aku?? derhaka kah aku mendoakannya begitu??
duhai hati yg bergelora...tenanglah...paling di kesalkan, disaat "dia" boleh membuka matanya, aku sibuk memperkenalkan org2 yg menziarahnya..aku lupa untuk meminta ampun darinya, meminta menghalalkan setiap titis susu yg di beri kpda aku..aku alpa..aku hnya meminta di kala dia terbaring tidak sedarkan diri..aku sgt berharap dia dpt bangun semula..ya Allah..kejamnya aku..

duhai jiwa..tabahlah..masih terngiang2 ditelinga segala nasihat darinya..segala luahan hatinya..
hanya aku yg tahu..xhenti dia mengusap perutku sambil memberi nasihat kpda cucunya yg tak sempat di tatapnya..hati ku hanya tuhan sj yg tahu bagaimana sedihnya, peritnya, luluhnya hati ku ini apabila bersalin tanpa kata2 semangat dari "dia" nya..hanya berbekal kan gambar "dia" aku kuatkan semangat untuk terus berjuang..Ya allah..peritnya dugaan yg kau berikan...

Kini, aku hidup dalam cerita yg kureka sendiri..sentiasa menganggap dia masih setia menanti aku di kampung..mulut sentiasa ringan bercerita itu dan ini kepada "dia".. dan aku tahu "dia" masih mampu mendengar luahan dari aku..cuma dia tak mampu mendengar nasihat dr 'dia' lagi.. syukur..aku sentiasa mimpikan "dia'..biarpun tanpa mendengar suara "dia" aku tahu "dia" datang untuk memujuk hatiku, menasihatku dengan perbuatannya..aku tahu "dia" sentiasa bersama aku..

Friday, July 8, 2011

Jumaat yang sayu & layu



Salam jumaat..




Bila tiba hari jumaat pasti semua orang rasa bersemangat je..ye la, hari last untuk bekerja kan.

Aku pun macam tu jugak..tapi bukan untuk jumaat di minggu ni..



kenapa ya?? mood tak stabil dari malam tadi. rindu mak..hehehe.. pastu terbawak-bawak la sampai ke pagi. sampai je opis, masuk lif sesama dengan "perempuan galoks" tu. nak kuar je dari perut lif dia sesuka je pijak selipar i yang cantiks tu dari belakang. nasib baik mak tak jatuh tersembam dengan pintu lif tu nyah! pas tu boleh pulak kau buat muka tak bersalah kan! siap tanya aku lagi nape aku bad mood..



kau ingat kau sorang je la yang nak jaga anak dalam perut tu? kau ingat kau sorang je la yang mengandung! kalaw orang buat kat kau bukan main lagi kau nak bising kan. tapi bila kau buat kat orang..siap buat muka tak bersalah je kan! ko ingat semua orang caring la kat ko? ttuuihh kat muka kau banyak2..kau ingat semua orang sayang kau la.. kau tak tau yang orang pun dah mula meluat dengan muka kau tu!



Hey si talam dua muka! aku ni da lame tau bersabar dengan kau..jangan sampai aku caci maki kau laki bini! laki kau pun sama! pergi kenduri rumah orang ada hati nak dapat layanan 5 star dari orang! poodaahhh..cermin la muka tu sikit wey!



mood: jangan kacaw! (rindu mak sesangat)

Friday, June 24, 2011

~warkah buat anakku~

Anakku sayang,

mama harap baby ok dan selesa berehat dalam perut mama..


baby..

ramai yang dah tanya mama, baby ni gegurl ke boboiboy..hurmm mama pun tak tahu apa jawapannya..tapi mama tak kisah anak mama ni girl ke .. boy ke.. janji anak mama sihat dan sempurna. sedar tak sedar dah 6 bulan dah baby bersama mama..rabu lepas mama pergi buat checkup, nak tau tak doctor cakap "hey! its a girl" ..lepas tu mama asyik senyum je sepanjang hari. mama siap pasang angan2 lagi, nanti bila baby da besar, boleh la kita pergi shopping sama-sama kan..tinggal babah sorang2 kat rumah..heheee..bestnye :) tak sabar pulak mama..tapi kawan2 mama semua cakap baby ni boboy..pasal diaorang tengok muka mama berseri-seri je setiap hari.. tapi mama tak peduli la semua tu, mama tetap sabar menanti sayang :)



anakku sayang...

mama memang happy dengan kehadiran baby. mama dapat rasakan baby dapat memberi sinar baru dalam hidup mama. tapi sejak akhir2 ni, mama selalu rasa sedih..mama tak nak baby keluar dari perut mama..mama suka bila baby tendang2 mama..siku2 mama..mama nak baby sentiasa dengan mama. mama nak baby selamat dengan mama..mama dah mula risau bila pikir masa untuk melahirkan nanti..mama berdebar-debar..hati mama tak tenang sayang..



baby...

maafkan mama sekiranya bila baby keluar nanti mama tak mapu menjadi mama yang terbaik untuk baby.mama tak tak tahu di usia muda mama ni mama mampu menjaga baby.. mama takut dengan tekanan kerja mama kat ofis ditambah pulak dengan di rumah, mama tak mampu untuk mendidik baby dengan sempurna..maafkan mama nak..



Anakku,

hanya satu pinta mama, semoga baby menjadi anak yang baik dan hamba yang taat kepada pencipta kita.. dengar nasihat mama, jangan nakal2 ye sayang.. harapan mama agar baby akan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.. mama tak sabar nak berjumpa dengan sayang :)

Wednesday, June 22, 2011


As-salam,

baru lepas baca entry pasal ibu di blog kakak. terasa nak cerita jugak pasal ni..hehehe... sempena Parents day yg dah berlalu ni kan..

mak ayah sentiasa bersama disaat suka dan duka


Aku memang sensitip bila cerita pasal mak ayah ni. tambah2 bila dah nak jadi mak orang ni kan.. bagi aku, mak ayah lah segala2nya dalam hidup aku..sape yang tak sayang mak ayah kan..

Sentiasa menasihati aku dalam membuat keputusan

aku tak dapat bayangkan macam manalah hidup aku nnt kalaw mak ayah dah tak de.. selama ni susah senang aku kongsi bersama mereka. sakit, derita aku mereka yang ambil peduli. tapi nanti.... Arggghh tak dapat aku bayangkan bagaimana untuk mengharunginya. aku selalu berdoa agar Allah ambil nyawa aku dulu sebelum mereka.. tak sanggup rasanya hidup tanpa mereka.

terima kasih mak...ayah!
tak dinafikan dulu aku memang liar, tak dengar kata, melawan..semua yang negetip semua ada pada aku. berkat doa mereka, kini aku kian berubah..penyesalan datang bertimpa timpa kerana aku mengabaikan mereka suatu waktu dulu.

mak..ayah..ampunkan dosa-dosa adik..

Ya Allah..berikanlah aku kesempatan dan kekuatan untuk aku membalas jasa & membuat kebaikan kepada mereka... ameen

Monday, May 23, 2011

saya masih ada di sini

As-salam,


Punya la lama x menghapdet...mood malas datang bertubu-tubi. tapi blogwalking sangat rajin ye. kesana kesini... semenjak kantung sudah berisi ni semua benda jadi malas..ekeke.. pembawakan..pepaham je la kan..


hurm nak cite pasal ape ye? benda2 yang lama malas la nak kenang2.. (malas nak pikir sebenornye) ekekeke.. ok2 last week aku n cik abg pegi jalan2 carik makan.. bini malas masak kan..haruslah makan luar je :) kali ni jauh sikit sbb weekend yg bosan.. tak de xtvt..


kami gi makan satay kat tg.karang...nama kedai satay hut. punye la jauh.. bertolak dari rumah lebih kurang pukul 6.30 petang..sampai nak dekat2 pukul 8 malam.. cik abg tu bawak slow je kete..konon2 nak jaga bini la tu :) jalan pulak punya teruk..rosak habes.. kawasan kampung.. gelap pulak tu, sbb dekat dgn area taman alam (kg.kelip2 kuantan)..


ni signboard kedai tu


dah sampai tu cik abg terus order, order 20 cucuk satay je! muke si bini dah bengang, ye la datang punye la jauh, last2 order 20 cucuk je.. kedekot ke ape laki aku ni.. nak order benda lain laki tak kasi. tapi dengan muke ketat aku angkat tangan jugak dekat pelayan kedai tu mintak tambah order mee bandung..(gambor mee bandung x sempat nak snap la pulak). tak sampai 5 minit mee bandung pun tiba jua..tetiba datang pelayan tu skali lagi bawak sepinggan satay.. hummakaaihh punye la terkejot tengok kebesaran satay tu..patut lah laki aku x kasi order benda lain dah..meh sini aku nak tunjuk



tak berapa clear kot.. tapi mmg besar


harga pulak memang berbaloi-baloi.. rm 0.60 untuk saiz kecil dan rm1.10 untuk saiz besar. rasa pun ok jugak..lebih baik dari satay kajang kot. aku baru makan 5 cucuk, cik abg pun 5 cucuk perut da terasa penoh..sudahnya 10 cucuk lagi tapaw bawak balik rumah..pagi esoknya aku perangat buat breakfast.. dah namanya MTB malas kan :)

Monday, February 28, 2011

Alhamdulillah (mummy & papa to be)

As-salam,


Dengan rasa penuh kesyukuran, aku berterima kasih padamu ya allah kerana memberi aku dan suami peluang untuk menjadi ibu dan bapa.. syukur alhamdulillah~~


Yezza...kini apa yg di idami oleh setiap pasangan telah menjadi kenyataan kpda aku.. Usia kandungan sudah pun 8 minggu. masih panjang lagi perjalanan aku kan..


Macam2 yg aku rasa sekarang..Gembira, Takut, Sedih...semuanya ada..nak menangis pun ada..

Alhamdulillah, setakat ni semuanya ok lagi, mabuk tak terlalu teruk sangat, masih boleh pergi kerja lagi..mabuk2 manja je..pening2, loya2 ngan x boleh nak tengok bahan2 mentah untuk masak..


haaa...part yg xleh tengok bahan mentah tu yg paling bess.. ada la alasan aku nak ngelat untuk masak...hehehehe...last2 ikan, udang sotong lam freezer tu di biarkan je mengeras.. laki aku bukan reti masak pun..paling hebat pun goreng telur ngan wat budu...kekekeke...


Jangan terkejot, si Incik Suami pun da terkena alahan mengandung ni tau... kesian dia... boleh di katakan trend mabuk kami bergilir2... bila aku sihat cket, dia pulak yg lembik.. bila dia sihat, aku pulak yg lembik.. hermmm sama2 rasa.. baru adil.. kuikuikui


"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Monday, January 24, 2011

Piccas on my day~~~Ngeeee~~~

Assalamualaikum,

layanlah dulu beberapa keping gambor ni ye... OP masih belom lagi menyiapkan semua gambo..



*ini baju sanding kami (gold + hijau lumut)


*family besar saya (ini x termasuk abang2 lagi)



*baju bertandang (dark blue)!


*family baru saya...ceria kan mereka :)


ok, daaa...

Saturday, January 22, 2011

Presenting....Si Incik Suami

aSSAlamualaikum,

entri tak boleh blah betoi..hihihi...berdirinya saya di sini (eh berdiri ke?) adalah untuk memperkenalkan Incik Suami saya...Mr.Khairul Anuar bin Muhammad..(i lap u) huhuhu terskema sekejap...


ha...ni la orangnye...orang yang selalu membuatkan hidup aku tak keruan..hehehe jangan marah yer ;)


hihi bagi tengok sipi2 dulu... si incik suami tak de la berupa sangat, berharta? apatah lagi... tapi hatinya yang suci, bersih, tulus, mulus telah membutakan aku...wah ayat..tak tahan dorh! tapi memang betoi pun..banyak kisah2 antara kami. dengan rasa bertanggung jawab dia sudi mengambil aku sebagai suri di hatinya..aku bersyukur mendapat suami sepertinya :)

ye, tak di nafikan, ramai yang tak suka dengan hubungan kami..kami masing2 ada kekurangan.
tapi di sebabkan sikap degil, keras kepala & tak suka dengar cakap orang lain, dia tekad untuk terus bersama aku.. aku ni pulak da la jenis yg cepat marah, merajuk, kalut, selalu tension & cepat je berserah kalah kalaw bergaduh..dulu2 masa berchenta, kata2 putus tu slalu je jd mainan di bibir aku...hhehehe..give up wehh dengan perangai dia tu..



ni dia muka budak nakal giler!

Tapi, dah jodoh...kini dia milik ku...dan ku milikmu... i lap u cayang! walau apa pun yang berlaku, kita akan tetap bersama selamanya...

Mangsa seterusnya>>>my camera!

Assalamualaikum,

Wahhh...takut tak tengok tajuk entri kali ni? hahaha... ye camera sy adalah mangsa seterusnya!
sangat menci!! camera saya hilang di majlis perkahwinan saya!! huh! sape la yang gatai tangan
sangat yang nak mencurik camera tu! hish kalaw aku jumpa, aku kerat2 tangan hang! sampai mati aku benci kat hang!! Ya, Ya..camera aku tu bukan mahai sangat pon! macam ni je pon..

tapi aku sayang dorh!
Laki aku yg kasi tu! hadiah waktu bertunang lagi..da la si incik suami den ni payah nak bagi
apa2 kat den ni!! tapi yang pelik bin hairan nya, every kenduri kat rumah tu mesti ada jer benda
yang hilang..macam duit, jam... nanti kakak aku kawen nanti, aku harap2 tak de la benda2 yang
hilang.. ataupun kite orang dapat la tangkap pencurik yang bermaharaja lela tu! geram la aku pon kan! tah macam mana camera tu boleh hilang pun aku tak tau.. yang aku ingat pas malam nikah tu, aku letak atas meja solek kat dalam bilik pengantin..pagi hari sanding tu da tak der dah... :0(
ayah cakap aku letak merata, ye saya mengaku ayah... tapi, ingatkan senang sikit nak tangkap gambar nnt kan, tak payah la susah nak suruh orang tolong ambilkan...tapi lain lak jadinye!
ayah dan incik suami cakap mungkin tak de rezeki aku nak simpan camera tu... ye, boleh la terima...tapi sedih jugak la kan, bukan senang nak dapat satu2 benda tu..


Wahai pencuri tegar! sila pulangkan camera aku balik la woiiii!!!
takpe2 nanti ko jangan jeles tengok aku pakai camera besor terus! hahha kalah photog!

Saturday, January 15, 2011

Review Majlis kawen saye ^_^

Assalamualaikum,

sudah lame ye rasanya tak hapdet belog ni..maklum la, aku ni bukan 'pem'belog tegar..
kihkih..banyak yang nak di ceritakan tentang my wedding ni... ada happy & ada yg sedih..
memang bnyak kekurangan di majlis tu..huhuhu..rasa mahu ulang sekali lagi..
tapi yang paling tak best skali, kawan2 ramai tak datang..sedih sgt rasa hati...
ucapan tahniah? lagi laa... kwn2 baik? hurm...umpama aku ni tiada kawan..
kadang2 rasa dengki dgn Incik Suami. kenduri di rumahnya walaupun kecil tapi kawan2 sanggup datang dari jauh..kagum dgn dia >~<..

Saya ada kawan atau tidak???