Friday, December 9, 2011

salam muharram 1433


Diam tak diam hari ni sudah 13 hari kita melangkah ke tahun baru islam.. tinggal beberapa hari lagi untuk melangkah ke tahun 2012..bermakna sudah berbulan2 aku tak menjengah ke diary buruk aku ni..

selama lebih kurang setengah tahun aku menyepi ni banyak perkara yg terjadi..yang tak sanggup aku ingati dan sampai sekarang aku masih menafikan..biarlah orang lain menganggap "dia" sudah tiada, tp tidak bg aku.. "dia" sentiasa ada bersama aku..mengiringi aku..menemani aku di kala susah atau senang, sedih atau gembira..

duhai hati..tenanglah sayang..setiap kali terkenangkan "dia" air mata sentiasa membasahi pipi..
banyak perkara yg di kesalkan..yg tak sempat di laksanakan...hati sentiasa terfikir, adakah disebabkan doa aku tu "dia" pergi..Allah...ampunkan lah aku..aku memang tidak redha atas pemergian "dia" tapi aku tak tahu knpa di hari itu aku boleh berdoa aku merelakan "dia" pergi..
aku tak sanggup melihat "dia" tersiksa..jahat kah aku?? derhaka kah aku mendoakannya begitu??
duhai hati yg bergelora...tenanglah...paling di kesalkan, disaat "dia" boleh membuka matanya, aku sibuk memperkenalkan org2 yg menziarahnya..aku lupa untuk meminta ampun darinya, meminta menghalalkan setiap titis susu yg di beri kpda aku..aku alpa..aku hnya meminta di kala dia terbaring tidak sedarkan diri..aku sgt berharap dia dpt bangun semula..ya Allah..kejamnya aku..

duhai jiwa..tabahlah..masih terngiang2 ditelinga segala nasihat darinya..segala luahan hatinya..
hanya aku yg tahu..xhenti dia mengusap perutku sambil memberi nasihat kpda cucunya yg tak sempat di tatapnya..hati ku hanya tuhan sj yg tahu bagaimana sedihnya, peritnya, luluhnya hati ku ini apabila bersalin tanpa kata2 semangat dari "dia" nya..hanya berbekal kan gambar "dia" aku kuatkan semangat untuk terus berjuang..Ya allah..peritnya dugaan yg kau berikan...

Kini, aku hidup dalam cerita yg kureka sendiri..sentiasa menganggap dia masih setia menanti aku di kampung..mulut sentiasa ringan bercerita itu dan ini kepada "dia".. dan aku tahu "dia" masih mampu mendengar luahan dari aku..cuma dia tak mampu mendengar nasihat dr 'dia' lagi.. syukur..aku sentiasa mimpikan "dia'..biarpun tanpa mendengar suara "dia" aku tahu "dia" datang untuk memujuk hatiku, menasihatku dengan perbuatannya..aku tahu "dia" sentiasa bersama aku..

Friday, July 8, 2011

Jumaat yang sayu & layu



Salam jumaat..




Bila tiba hari jumaat pasti semua orang rasa bersemangat je..ye la, hari last untuk bekerja kan.

Aku pun macam tu jugak..tapi bukan untuk jumaat di minggu ni..



kenapa ya?? mood tak stabil dari malam tadi. rindu mak..hehehe.. pastu terbawak-bawak la sampai ke pagi. sampai je opis, masuk lif sesama dengan "perempuan galoks" tu. nak kuar je dari perut lif dia sesuka je pijak selipar i yang cantiks tu dari belakang. nasib baik mak tak jatuh tersembam dengan pintu lif tu nyah! pas tu boleh pulak kau buat muka tak bersalah kan! siap tanya aku lagi nape aku bad mood..



kau ingat kau sorang je la yang nak jaga anak dalam perut tu? kau ingat kau sorang je la yang mengandung! kalaw orang buat kat kau bukan main lagi kau nak bising kan. tapi bila kau buat kat orang..siap buat muka tak bersalah je kan! ko ingat semua orang caring la kat ko? ttuuihh kat muka kau banyak2..kau ingat semua orang sayang kau la.. kau tak tau yang orang pun dah mula meluat dengan muka kau tu!



Hey si talam dua muka! aku ni da lame tau bersabar dengan kau..jangan sampai aku caci maki kau laki bini! laki kau pun sama! pergi kenduri rumah orang ada hati nak dapat layanan 5 star dari orang! poodaahhh..cermin la muka tu sikit wey!



mood: jangan kacaw! (rindu mak sesangat)

Friday, June 24, 2011

~warkah buat anakku~

Anakku sayang,

mama harap baby ok dan selesa berehat dalam perut mama..


baby..

ramai yang dah tanya mama, baby ni gegurl ke boboiboy..hurmm mama pun tak tahu apa jawapannya..tapi mama tak kisah anak mama ni girl ke .. boy ke.. janji anak mama sihat dan sempurna. sedar tak sedar dah 6 bulan dah baby bersama mama..rabu lepas mama pergi buat checkup, nak tau tak doctor cakap "hey! its a girl" ..lepas tu mama asyik senyum je sepanjang hari. mama siap pasang angan2 lagi, nanti bila baby da besar, boleh la kita pergi shopping sama-sama kan..tinggal babah sorang2 kat rumah..heheee..bestnye :) tak sabar pulak mama..tapi kawan2 mama semua cakap baby ni boboy..pasal diaorang tengok muka mama berseri-seri je setiap hari.. tapi mama tak peduli la semua tu, mama tetap sabar menanti sayang :)



anakku sayang...

mama memang happy dengan kehadiran baby. mama dapat rasakan baby dapat memberi sinar baru dalam hidup mama. tapi sejak akhir2 ni, mama selalu rasa sedih..mama tak nak baby keluar dari perut mama..mama suka bila baby tendang2 mama..siku2 mama..mama nak baby sentiasa dengan mama. mama nak baby selamat dengan mama..mama dah mula risau bila pikir masa untuk melahirkan nanti..mama berdebar-debar..hati mama tak tenang sayang..



baby...

maafkan mama sekiranya bila baby keluar nanti mama tak mapu menjadi mama yang terbaik untuk baby.mama tak tak tahu di usia muda mama ni mama mampu menjaga baby.. mama takut dengan tekanan kerja mama kat ofis ditambah pulak dengan di rumah, mama tak mampu untuk mendidik baby dengan sempurna..maafkan mama nak..



Anakku,

hanya satu pinta mama, semoga baby menjadi anak yang baik dan hamba yang taat kepada pencipta kita.. dengar nasihat mama, jangan nakal2 ye sayang.. harapan mama agar baby akan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.. mama tak sabar nak berjumpa dengan sayang :)