Wednesday, March 14, 2012

cerita bersalin saya > part 2

Sambungan dari episod lepas...

4TH Oct tarikh yang mummy pilih untuk induce. Pagi tu mummy buat drama dulu dgn papa..rasa berat je hati ni..last2 papa Berjaya jugak pujuk mummy and he belanja mummy nasik lemak dulu sebelum pergi..Mummy apa lagi, melantak sakan la..pas ni dah tak leh makan dah kan..lama tu…makan puas2… dalam labor room..besarkan perut mummy


9.00Am mummy sampai hospital..actually appointment pukul 7…hehehe..terus naik labor room kat level 1..bukak je pintu Dr.mazita dah tercegat kat counter..salam-salam dulu and nurse hantar mummy baring kat one of room kat situ..tengok alat2 kat situ sangat menyeramkan okey! Tak lama lepas tu doc Mazita masuk and masuk kan ubat kat bawah ttuuuttttt….xde rasa apa2 pun! Sampai boring2 la mummy kat dalam bilik tu..nasib baik ada papa teman..perasaan semuanya ada..boring, menyesal, takut, excited… takut sebab jap2 dengar org menjerit…jap2 lagi dengar lagi…rimas dengan bunyi CTG kat perut…uishhh seriously menakutkan…dalam hati duk terbayang macam mana la aku jap lagi…akhirnya sebab pintu tak bukak2 lagi still 1-2cm, nurse suruh mummy rehat kat ward dulu. Kami pun naik la level 3..dah settle semua papa turun beli makanan...kami makan sama-sama. Malam tu dalam pukul 10, ayah and kakak datang dari kampung..sayu nya tengok ayah.. sanggup datang semata-mata nak tengok puteri bongsunya selamat bersalin..terima kasih ayah…touching lagi..sembang2 and gelak2 dgn family adalah
terapi bagi mummy di saat tu..sungguh..hilang semua rasa takut..rasa sakit..rasa nak ikut je dorang balik…tapi mana boleh kan! Hmm pukul 12 dorang pun balik, mummy pun tetiba rasa lapar..minta papa carikan burger..al-hamdulillah dapat..after right lepas makan burger mummy pergi toilet, masa nak keluar toilet tu tetiba je mummy macam tak boleh gerak..and rasa macam ada air keluar..punya la panic, terus jerit panggil papa, dia bukak lampu balik..and terus panggil nurse..nurse datang and suruh mummy jalan pelan2 baring kat katil.. sementara tu dia pergi panggil bidan..bidan datang check bukaan baru 3cm..tapi dia suruh standby kat labor room.. start dari situ contraction makin kuat..sakitttt yang teramat sangat.. tak boleh tidur…
contraction makin kerap..air pulak asyik keluar je..nurse sentisa datang untuk tukar lapik… dalam hati hanya ingat Allah..contraction makin kerap..every 5 min…tapi bukaan masih belum bukak banyak..menangis semahu-mahunya…hanya Allah yang tahu betapa sakitnya contraction tu..
9.30am: mummy dah tak tahan untuk tanggung contraction..nurse inform kalaw bukaan masih sama, dia akan buat induce yg kedua. Melalui drip..Ya Allah sakit ini pun dah tak tertahan..inikan pula nak tambah induce lagi..mummy rasa betul down..frust…kenapa mummy susah sangat nak bersalin ni…finally papa bersuara juga, dia macam dah tak sanggup tengok mummy tahan sakit, dia advised untuk ambil epidural..after berbincang, we all bg tau nurse, tak lama lepas tu pakar bius, Dr.Jasee datang..
dia mintak mummy peluk bantal supaya mudah dia nak cucuk kat tulang belakang mummy..
cucuk semasa tengah contraction amatlah tidak selesa! Lama jugak dia buat..tapi akhirnya siap jugak..rasa kurang sikit contraction, and dapat rest sekejap..tak lama..sebab datang sorang bidan ni dia seluk and she told dia nak tolong bukak kan jalan…ishh mummy duk imagine mesti dia nak korek2 je ni…hmm lantak lah..janji baby boleh keluar..ye la, air dah pecah lama dah..takut baby lemas la pulak nanti..tak lama tu mummy tengok nurse 2,3 org dtg, doc.mazita pun dah turun..papa pulak ada kat sebelah, panic..tnya..eh dah nak bersalin ke?mummy pulak selamber je jawab..dah kot…nurse pulak kelam kabut ajar mummy untuk push..banyak kali jugak la mummy push..tapi tak Berjaya jugak…letih sangat2..rasa macam nak tercabut nyawa..mummy frust sgt2…siap bg tau doc lg, belum nak keluar lg ni..biar dulu lah… hehehe..jahilnya mummy kan.. dr.mazita senyum je…dia kata baby dah Nampak dah tinggal nak push je lagi…mummy rasa dah habis tenaga dah mummy push..tp still tak boleh…kenapa lah susah sangat nak bersalin ni…mesti banyak buat dosa dgn suami ni..kuikuikui.. last solution doctor vacuum.. tak sampai berapa minit, tepat jam 12.21 tengah hari,mummy dgr doctor bagi salam “assalamualaikum adik” then terus letak baby atas dada mummy..Masha’allah…menangis mummy tengok baby..wajahnya saling tak tumpah dengan orang yg mummy paling syg..paling rindu…mungkin Allah nak ubatkan hati mummy yang berduka lara kerana kehilangan DIA…terima kasih Ya Allah…a few hours after deliver..macam muka arwah kan...rindunye...

No comments: